Yang mana satu pilihan kalbu: SPC, MUFY, IB...???

Adik bongsuku dalam dilema.

Justeru ibu bapaku juga turut dilema, disertai teruja. Aku cuma berbangga kerana dia berjaya mendapat tempat di IPT tempatan, juga mendapat tempat untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara menerusi MUFY.

Kelakarnya, lain jurusan yang dipohonnya, lain pula yang ditawarkan. Biasalah tu! Apply lain, panggil interview course lain, dapat lak course lain. Anehnya sistem pemilihan dan kemasukan IPT di Malaysia ni.

Dan baru-baru ni, adikku & my parents telah ke ibu pejabat MARA untuk membuat rayuan. Kelakarnya, walaupun ramai yang datang ke pejabat itu atas tujuan yang sama, pegawai yang bertugas langsung tak buat apa2 tindakan, i.e. ambil nota/wat repot tentang aduan mereka. Dia (aku tak suka guna beliau sebab aku tak rasa pegawai tu patut direspek, cuma patut dikursuskan lagi >:D) telah menggunakan 'kemahiran kemanusiaan'nya, i.e. bercakap dengan petah, telah memberikan komentar/nasihat yang ngarut kepada para pemohon & ibu bapa yang telah hadir mengemukakan aduan & rayuan mereka, contohnya:

Seorang pemohon bidang Perubatan telah memohon untuk melanjutkan pelajarannya ke Alexandria, Mesir namun beliau ditawarkan tempat di Australia. Apabila ditanyakan sebab beliau diberi penempatan tersebut, pegawai tu jawab sebab Alexandria memerlukan kelulusan bahasa ke-3 (Arab). Ironisnya, untuk kemasukan Perubatan di Alexandria, kelulusan Bahasa Arab tidak menjadi syarat kemasukan kerana bahasa pengantara yang digunakan dalam kuliah adalah Bahasa Inggeris.

So...

What does this mean?
Birokrasi atau...?

My sis' scenario, (ya, adik bongsu gue), telah merayu untuk menukar dari Bioteknologi kepada Medic. Pegawai yang pandai bercakap ni bagitau, adikku ditawarkan kursus itu atas dasar keputusan IQ Test yang telah diambil. Ok fine, acceptable.

Cuma heran dengan sikap pegawai tu je... Apa nak jadi la???

Comments

Popular posts from this blog

Comments- APA Project: "JANGAN"

Err...

dilemma