:)))

Posted by alia at 11:50 AM

Thursday, September 29, 2005

at last...

i'm called for the UiTM master's interview on 3/10/05 from 830am-1230pm..
wish me all the best of luck ppl

My script - TAWAKKAL

Posted by alia at 11:18 AM

Friday, September 23, 2005

WATAK-WATAK:

Suara 1/ Doktor
Suara 2/ Ibu
Suara 3/ Bapa
Korus

SETING:
Pentas yang boleh dikatakan kosong, kecuali layar putih dan sebahagian kecil kawasan pentas yang diset sebagai wad hospital.

Sekujur tubuh berbaring di atas sebuah katil, wajahnya pucat dan bibirnya biru. Seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia 9-10 tahun sedang bertarung nyawa dengan penyakitnya, bergantung harap pada nebuliser yang entah berapa kali ditambah dosnya.

1. SUARA 1: Sudah lama dia berbaring di situ. Masanya amat singkat. Kita tak
boleh tunggu lagi.

2. SUARA 2: Tunggulah sedikit lagi. Dia masih punya harapan bukan?

3. SUARA 1: Harapan yang tipis.

4. SUARA 2: Masih boleh berikhtiar bukan?

(KORUS Geleng)

5. SUARA 3: Marilah sama-sama kita berdoa moga Tuhan mendengar dan
memakbulkan hajat kita.

6. SUARA 1: Moga Tuhan bersama-sama kita. Saya undur diri dahulu.


PENTAS GELAP

7. ANAK: Mak…? Abah…? Mak…mak mana? Abah?

(ANAK berkali-kali memanggil ibubapanya sehingga keletihan)

8. IBU: Abang! Anak kita makin jauh…

9. BAPA: Sabar sayang, bawa beristighfar.

10. IBU: Tapi bang…tengok tu!

11. BAPA: Istighfar sayang, mengucap…ini dugaan Tuhan pada kita
yang.

12. IBU: Tapi bang…

PENTAS GELAP

13. ANAK: Kenapa mak dan abah tiada di sini? Kenapa tempat ini sejuk?

14. KORUS: Kasihan dia. Terperangkap di tempat sebegini. Usianya masih
muda dan perjalanan hidupnya masih jauh.

ANAK terlihat suatu tayangan. Kelihatan kedua-dua ibubapanya dalam tayangan tersebut. Dia cuba menyentuh ibubapanya tetapi hanya mencapai angin – kosong. Dia cuba memanggil ibubapanya tetapi suaranya tidak keluar/ tidak didengari mereka. Dia memerhati ‘lakonan’ ibubapanya di layar itu.

15. KORUS: Pulanglah wahai anak…tempatmu bukan di sini. Ini tempat
persinggahan sementaramu. Ibubapamu masih memerlukanmu dan
menyayangimu. Tuhan juga menyayangimu tapi hayatmu lebih berguna di
samping mereka. Berbakti dan berbuat baiklah kepada mereka. Pulanglah…
pulanglah… (fade out dan KORUS perlahan-lahan keluar meninggalkan
pentas)

PENTAS GELAP

16. IBU: Bang…bangun bang, anak kita dah mula sedar. Tengok
bang…

17. BAPA: Ya, agaknya kali ini ubatnya dah mula menampakkan kesan. Yang,
panggil doktor.

DOKTOR datang

18. DOKTOR: Ya…alhamdulillah, ubatnya dah mula berkesan. Syukur.

ANAK mula sedar, matanya mula terbuka sedikit demi sedikit. Akhirnya dia sedar sepenuhnya, memerhati orang-orang di sekelilingnya.

19. ANAK: Mak, abah…jangan gaduh lagi ya…

20. IBU: Tidak sayang, mak dan abah janji. (memeluk erat ANAK)


SEKIAN

activities update....>Sigh<

Posted by alia at 11:47 AM

Friday, September 02, 2005

activities as follows:

MARCH '05
13/03/05: submit finished mock-up model to friend in ASK (friend's favor)
17/03/05: UM's theatre prod. bump-in, 8am @ Auditorium Jabatan Perdana Menteri Putrajaya
18/03/05: lights rigging, adjusting & focusing & plotting session: run through + technical rehearsal(s)19/03/05: SHOW TIME, 8.30pm @ Auditorium Jabatan Perdana Menteri Putrajaya
20/03/05: SHOW TIME, 3.30pm @ Auditorium Jabatan Perdana Menteri Putrajaya

APRIL '05 - free!!! except for ASK classes, that is...

MAY '05
mid-May (most probably around 24/5/05): rehearsals for ASK production "PROTES"
sundays: ASK classes @ 2pm...this' what happens if you're the kinda person who love's to skip classes... :P
also somewhere in May: office's short performance for the Rewards & Recognition ceremony (it was supposedly held in mid-April)

JUNE '05 - helping out ASK friends with theatre performance "PROTES"
performance cancelled

JULY '05 - ZZZzzz....~ nothing to do-lah except tiring work, work, work, work, WORK...

AUGUST '05
11/8/05: kamikaze lighting design & show 830pm @ ASK ("Bukan Bunuh Diri")

SEPT '05
3-4/9/05: Pertandingan Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat KL
not joining due to some reasons :( just finished work by that time (9am...sheesh...)
24/9/05: going to see a new theatre group rehearse @ the old Kementerian Kebudayaan Wilayah Persekutuan building somewhere around 8pm, hopefully can find new theatre/performing arts contacts there :D